Tuesday, September 20, 2011

Skrip Dialog Hina Rasulullah – Zizan Mohon Maaf

Dialog Hina Rasulullah – Zizan Mohon Maaf


FILEM HANTU BONCENG
Bagi anda yang sudah menyaksikan filem Hantu Bonceng, pasti anda perasan dimana ada satu babak Zizan menyebut “asyhadu anna Muhammadar syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan”.
Kami cuba mendapatkan video bagi menunjukkan lebih jelas babak yang dimaksudkan itu kepada anda. Tapi sayangnya, video telah di’claim oleh Astro sebagai hak cipta terpelihara.
Disebabkan dialog tersebut, Zizan telah menerima kritikan hebat daripada banyak pihak kerana apa yang keluar dari mulut Zizan itu jelas menghina Rasulullah S.A.W walau pada dasarnya Zizan tidak bermaksud sedemikian.
Bagi menjernihkan keadaan dan mengakui kesilapan sendiri, Zizan melalui laman Twitter’nya memohon maaf di atas keterlanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W itu.
FILEM HANTU BONCENG

Zizan turut menyatakan yang dia tiada niat untuk menghina Rasulullah S.A.W dengan menyebut dialog tersebut malah menjelaskan yang perkataan syaitan yang disebutnya itu ditujukan kepada Kunyit, salah satu watak yang merupakan kawan Zizan dalam filem tersebut.
FILEM HANTU BONCENG
Kami no comment cuma kami harap, para pelakon atau sesiapa sahaja lebih berhati-hati mengeluarkan apa-apa ayat yang mampu mengundang implikasi buruk agar perkara sebegini tidak berulang di masa hadapan.
ang_bid = "b9cdb2ba849ed4dfc67ad27ca19c0763";