Thursday, June 21, 2012

Syabu..ice

Dadah sintetik punca hilang kewarasan
analisis KUALA LUMPUR:  Penyalahgunaan dadah sintetik seperti "syabu" oleh remaja di negara ini telah mula memperlihatkan kesan buruknya dengan menularnya pelbagai gejala sosial termasuk jenayah kekerasan.



Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, pengguna syabu boleh bertindak sehingga sanggup membunuh anggota keluarga sendiri.
Banyak kajian mengenai kesan penggunaannya telah dijalankan dan semuanya merumuskan bahawa tingkah laku mereka yang menggunakan dadah jenis itu boleh berubah dengan ketara sekali sehingga menyebabkan dia hilang kewarasan dan menjadi sangat agresif.
Serangan terhadap adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar dan suaminya Datuk Tunku Ismail Tunku Sulaiman oleh seorang anak lelaki mereka di Kuantan dua hari lepas dipercayai ada kaitan dengan dadah ini.
Tengku Puteri Kamariah meninggakl dunia di tempat kejadian manakala suaminya cedera parah dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Susulan itu anak lelaki mereka, Tunku Rizal Shahzan, diberkas dan dimasukkan ke hospital yang sama tetapi dia meninggal dunia kira-kira enam jam kemudian.
Abang kepada Tunku Rizal Shahzan, Tunku Iskandar Zulkarnain mengakui adiknya sering menyendiri sejak kebelakangan ini kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
Laporan media memetik pihak-pihak tertentu menyebut Tunku Rizal Shahzan meninggal dunia mungkin kerana mengambil dadah itu secara berlebihan.
Insiden itu bukanlah yang pertama dipercayai ada kaitan dengan penggunaan dadah sintetik.
Pada 6 Mei lepas, seorang wanita mati dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri di kediaman mereka di Ampang, kerana dia enggan memberikan wang kepada suaminya untuk membeli syabu.
Menurut Bahagian Narkotik Bukit Aman syabu adalah dadah jenis "Amphetamine Type Stimulant" (ATS) yang kebanyakan bahan untuk menghasilkannya diseludup dari China dan Myanmar.
Sumber-sumber bahagian itu berkata antara faktor yang menyebabkan dadah ATS dapat menular dengan begitu cepat di negara ini ialah kerana ia boleh didapati dengan mudah di kelab malam dan sarang penagihan.
Lagipun, dadah jenis ATS ini mudah diseludup masuk kerana saiznya yang kecil serta senang disembunyikan. Biasanya ia dibungkus dalam paket plastik kecil dan dijual dengan harga RM60 hingga RM80 sepaket.
Menurut kajian, bahan jenis Methylamphetamine yang terdapat dalam kandungan dadah ATS boleh menyebabkan penagih berperasaan agresif dalam aktiviti yang dilakukan.
Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), syabu adalah antara dadah paling bahaya pada masa ini kerana terlalu banyak bahan kimia dicampurkan untuk menghasilkannya.
Dadah itu boleh merosakkan tisu otak sehingga menyebabkan penagihnya menjadi gila atau gangguan fikiran dalam tempoh jangka masa singkat.
Bila fikiran sudah terganggu, diri dan perasaan penagih sudah tidak dapat dikawal lagi. Akhirnya orang lain yang menjadi mangsa. BERNAMA

Artis dan orang kita bela Anjing



binatang kesayangan Rasulullah SAW. KUCING



]

Sunday, June 17, 2012

BERSIH......bersih...bersih




dekat rumah pun tak bersih lagi....baju seluar pun nak bersihkan...malas aku nak bersihkan sebesar-besar dataran merdeka.....
ang_bid = "b9cdb2ba849ed4dfc67ad27ca19c0763";